Minggu, 25 September 2011

STRATEGI MENGHADAPI UJIAN / SEMESTERAN DENGAN SUKSES Oleh Ust Hasbullah Ahmad, MA 081366174429 (disadur dari Prof Dr Fadhzilah Kamsah) ISI KANDUNGAN Pendahuluan Persediaan Fisik Persediaan Mental Persediaan Emosi Persediaan Rohani Berbagai Perpertanyaan Belajar Untuk Ujian / Semesteran PENDAHULUAN Ujian / Semesteran penting seperti MID DAN SEMESTER, UAN DAN UAS memerlukan persedian lebih dari sekedar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka banyak pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan Ujian / Semesteran. Sebab baik anda bersedia atau tidak, waktu untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk Sukses dalam Ujian / Semesteran pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan hanya membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi Ujian / Semesteran mereka. Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada Ustadz/Guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap pertanyaan. Artikel ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti Fisik, mental, emosi dan rohani. Harapan saya, ia bisa membawa pelajar melangkah ke tempat Ujian / Semesteran dengan mengatakan "AKU BISA SUKSES". Melangkah dengan fikiran yang positif. PERSEDIAAN FISIK KESEHATAN Sebagai pelajar anda memerlukan Kesehatan yang baik dimulai dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke tempat Ujian / Semesteran. Keadaan Kesehatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk Ujian / Semesteran. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan Kesehatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perihal yang berikut: Tidur yang cukup. Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan bisa jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk Kesehatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan waktu tidur yang optimum ini dari sekarang. Jaga makanan. Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitasnya (zat), rasanya (enak dan lezat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada orang tua pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka. Riadah/olahraga. Jangan terlalu banyak beRiadah/olahraga sehingga meletihkan badan. Banyak pelajar yang bermain hingga letih dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beRiadah/olahraga selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit keringat. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal sepak bola, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktifitas yang anda minati. KESELAMATAN Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktifitas yang berisiko yang bisa membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari apa-apa kecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil Ujian / Semesteran sewaktu berada dalam ruang di rumah sakit. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya membawa diri kepada berbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya Ujian /Semesteran, lebihkan waktu anda untuk berada di meja belajar. PERSEDIAAN MENTAL Berbagai Gambaran Negatif Seringkali alternatif yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan Ujian /Semesteran ialah takut kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah: Menyerah kalah sebelum berjuang Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam Ujian/Semesteran berdasarkan kepada keputusan Ujian/Semesteran atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka coba membaca tetapi dengan keyakinan bahwa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca. Merasa belum siap Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan diri mereka belum cukup siap. Mereka senantiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran. Harapan orang tua yang terlalu tinggi Tidak ada orang tua yang tidak mengharapkan kesuksesan anak-anak. Ada masanya orang tua berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada orang tua, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahwa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak. Berfikiran Positif Untuk mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa waktu yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya. Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar berbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda. Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti: "Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian sama sekali". "Something is better than nothing" Lakukan "Latihan berfikir" setiap hari. "If you can't see it, you can't have it". Kata-kata di atas menunjukkan bahwa untuk mencapai sesuatu kesuksesan itu maka gambaran kesuksesan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat niali yang baik dalam MID DAN SEMESTER, maka niali yang baik itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan menjangka sesuatu yang anda tidak gambarkan. jangkaan anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata pikiran. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menghasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kesuksesan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya. Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan pikiran seperti dibawah. 1. Duduk dikursi anda dengan nyaman. Tangan diletakkan diatas paha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendorkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda. 2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan. 3. Saya percaya anda pernah capai kesuksesan sebelum ini, baik kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kesuksesan itu. Kesuksesan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, olah raga, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada terharu, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan suara siapa yang memuji itu. Gambarkan secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keindahan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang sukses ketika itu. Batasirkan perasaan itu kembali. 4. Apabila perasaan yakin dan bangga mulai memuncak, cubit sedikit kedua-dua paha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali. 5. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke tempat Ujian / Semesteran. Gambarkan anda duduk dikursi dan diatas meja tersedia kertas pertanyaan. Rasakan ketenangan dalam tempat. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas pertanyaan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap pertanyaan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar terus-menerus. Gambarkan nilai yang baik dalam MID DAN SEMESTER. sekarang sekali lagi cubit kedua-dua paha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi. 6. Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali. 7. Buatkan latihan pikiran ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada ditempat Ujian / Semesteran dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua paha. Kesuksesan latihan pikiran di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, keseringan latihan dan tumpuan anda. PERSEDIAAN EMOSI Dalam saat-saat mengbatasapi Ujian / Semesteran, anda perlu mengelak diri dari apa-apa bentuk gangguan emosi. Perihal-perihal yang berikut perlu dielakkan: Pertengkaran dengan teman-teman; Melakukan perihal yang membuat orang tua marah; Cinta monyet yang mungkin terjadi disaat-saat Ujian/Semesteran; Bersikap terlalu yakin - "overconfident"; Berprasangka buruk terbatasap orang lain; Apa perasaan anda kalau teman membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau teman menghina dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan Ujian/Semesteran anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati kekal berhari-hari. Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa saja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan saja kerja anda. Kekalkan tujuan Ujian / Semesteran anda. Apabila anda sukses satu hari nanti, teman-teman akan menghormati anda. Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan apa-apa emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita bisa melihat setiap perihal yang berlaku terbatasap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda. PERSEDIAAN ROHANI Selain dari persediaan Fisik, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat mengbatasapi Ujian / Semesteran, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini. Antara perihal yang boleh anda lakukan ialah: 1. Senantiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam mengbatasapi Ujian / Semesteran. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam Ujian / Semesteran. 2. Minta restu kedua orang tua. Doa orang tua untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kesuksesan anda. 3. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang”. 4. Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah. 5. Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa. MENGATASI BERBAGAI PERTANYAAN DAN KEBIMBANGAN Saya tidak tahu dimana semestinya dimulai. Jangan panik. Buat list semua perihal yang perlu anda lakukan. Jalankan tugas anda kepada bagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang waktu untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Gunakan waktu-waktu istirahat yang ada untuk mengulang kembali apa yang telah dipelajari. Berikan waktu bukan saja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang mudah dulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Periksain lama, terutamanya apabila periksain hampir dengan Ujian/Semesteran, tingkatkan waktu belajar anda. Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan Ujian/Semesteran periksain hampir. Buat tinjauan. Berikan waktu untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik. Pastikan topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang anda masih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya bisa membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya waktu. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci. Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya. Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan. Dapatkan pertanyaan-pertanyaan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakan ulangkaji. Berbagaikan aktifitas ketika belajar. Selang-selikan diantara aktifitas membaca dengan menulis catatan, menjangka peta pikiran (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab pertanyaan-pertanyaan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran pikiran. Belajar bersama teman yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan. Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya. Coba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah anda ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti: Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat. Gunakan Teknik pemisahan. Gunakan Teknik yang baik. Tuliskan fakta yang penting pada kertas dan bawa terus. anda kemana saja. usahakan membaca kertas ini. Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya. Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan pengetahuan anda. Jawab pertanyaan-pertanyaan dari buku atau dari Ujian / Semesteran tahun-tahun sebelumnya. Bina pertanyaan-pertanyaan berdasarkan tujuh pertanyaan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Jambi diserang belanda, tanyakan pertanyaan-pertanyaan seperti: Kapan Jambi mulai diserang? Kenapa Jambi diserang? Siapa yang menyerang? Bagaimana Jambi diserang? Dan siapakah pejuang Jambi? Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat. Penyusunan informasi. Informasi dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapat berbagai pendekatan yang bisa anda gunakan untuk menyusun informasi atau fakta ini, antaranya ialah: Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikan perkaitan antara satu bagian dengan bagian yang lain dalam judul tersebut. Coba kumpulkan informasi kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan yang ada. Coba bagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan). Pemetaan informasi. Coba gambarkan peta konsep untuk menyusun bahan-bahan yang ada kaitan. Misalnya kalau anda sedang membaca sejarah tentang perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang semua negara yang terlibat. Kemudian buat list isu penting atau peristiwa penting disebelah carta tersebut. Anda mungkin kaitkan kembali isu/perihal penting ini dengan negara-negara tersebut berdasarkan kepentingan dan pengaruhnya. Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa? Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahwa sebagai manusia normal anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam waktu 24 jam. Oleh itu anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini. Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, coba lihat catatan ringkas anda ini. Coba ceritakan semula apa yang anda fahami. Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggil semula informasi tersebut. Sekiranya tidak, periksa lagi teks asal. Berikan waktu menjawab pertanyaan-pertanyaan berkaitan dengannya untuk mengukuhkan lagi ingatan anda. Periksa semula apa yang dibaca dari sewaktu ke sewaktu. Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan Ujian/Semesteran. Anda suka belajar disaat-saat akhir. Banyak pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlu belajar seawal mungkin untuk mengetahui kelemahan dalam sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak waktu untuk bertanya pada Ustadz/Guru dan teman-teman. Salah satu rahasia belajar ialah keseringan. Lagi sering sesuatu bahan itu diulangbaca maka lebih besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dulu. Mulakan dengan yang mudah-mudah dulu dan apabila minat dan semangat mula timbul, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh. BELAJAR UNTUK UJIAN / SEMESTERAN Banyak pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk Sukses dalam Ujian / Semesteran. Mereka tidak merancang jadual belajar dan waktu mereka dengan betul. Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang hinggalah ke tempat Ujian / Semesteran untuk memastikan anda lakuka yang terbaik. Bersiap untuk belajar Anda perlu melakukan persiapan untuk memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi baik di MTs/MA, SMP/SMU ataupun Kuliah. Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal mengikuti UAN DAN UAS. Kepada pelajar UAN DAN UAS saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada mata pelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Sekiranya anda mendapat nilai yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke Kuliah adalah cerah. Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan nilai yang terbaik untuk semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke Kuliah kini periksain sengit. Mereka yang sukses biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran. Buatkan jadual belajar untuk Ujian / Semesteran Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak waktulah berbanding penyelesaian. Tidak ada waktulah tanya penyelesaian. Mula memeriksa semua buku-buku yang ada termasuk catatan sekolah, buku teks, buku rujukan, pertanyaan-pertanyaan prediksi dan pertanyaan-pertanyaan tahun lalu. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik. Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua mata pelajaran. Buat list bab-bab ini. Buat list juga bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik. Langkah kedua buat analisa pertanyaan-pertanyaan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering keluar pertanyaan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak bisa tidak mesti anda kuasai dengan baik. Buatkan jadual perancangan belajar anda. letakkan judul-judul dari sekarang hinggalah seminggu sebelum Ujian/Semesteran. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum Ujian/Semesteran sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan ujian terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Kalau dari awal anda mengulangkaji bab-bab ini maka akan cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap waktu. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua mata pelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi waktu. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan waktu belajar anda 7 jam sehari. Mengingati Judul Banyak pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu mengingati apa judul-judul yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari. Buat Catatan Anda hanya perlu mempelajari sekali saja setiap judul. Pastikan dengan usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Banyak pelajar yang mengulang baca sesuatu judul beberapa kali dan kemudian lupa. Cara belajar begini bukan saja menjemukan malah merugikan waktu anda, sedangkan Ujian / Semesteran sudah hampir. Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatlah catatan-catatan ringkas. Yang terbaik ialah anda ringkas mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan catatan anda dengan teks asal untuk memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta penting yang tertinggal. Ringkas setiap fakta menjadi lebih pendek untuk memudahkan anda mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan list kata kunci dan hafal. Gambarkan peta pikiran atau peta konsep berdasarkan judul-judul dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya. Latih diri anda untuk Ujian / Semesteran Anda perlu melatih diri anda untuk Ujian / Semesteran. Tanpa latihan anda tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Pikiran anda juga seperti otot-otot Fisik anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif untuk mencapai sesuatu hajat. Mereka yang mahu Sukses dalam 'bowling' perlu melakukan latihan terus untuk meningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan Ujian/Semesteran. Anda perlu melatih diri anda untuk tujuan Sukses dalam Ujian/Semesteran. Syarat-syarat latihan Ujian/Semesteran ialah: 1. Latih mengeluarkan informasi dengan banyak, cepat dan tepat. 2. Latih dalam tempoh waktu yang tertentu. 3. Anggapkan setiap latihan seperti Ujian / Semesteran sebenar. 4. Latih menjawab mengikut strategi menjawab pertanyaan yang berkesan. 1. Latih mengeluarkan informasi Informasi yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu senantiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan informasi yang telah dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:  Menjawab pertanyaan-pertanyaan;  Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;  Memperkirakan kembali dalam bentuk peta konsep/pikiran;  Mengadakan tanya jawab dengan teman;  Menyediakan kertas tulisan kecil.  Menggambar ringkasan apa yang telah dipelajari.  Sekiranya anda pelajar UAN DAN UAS, coba hasilkan model jawaban pertanyaan esei berdasarkan pertanyaan-pertanyaan yang ada. Coba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta pikiran/ konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam Ujian/ Semesteran sebenar kelak. 2. Batasi waktu menjawab Pastikan anda menjawab dalam batas waktu yang ditetapkan. Ujian / Semesteran bukan saja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam waktu yang telah ditetapkan. Oleh itu anda perlu menyusun waktu dan penyusunan waktu hanya bisa dibina melalui latihan yang berterusan. Oleh itu anda perlu sering menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab pertanyaan-pertanyaan dalam batas waktu seperti dalam Ujian / Semesteran. 3. Anggap seperti Ujian / Semesteran yang benar Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melalaikan waktu, tumpuan yang tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan Ujian / Semesteran yang sebenar. Elakkan dari mencontek sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab pertanyaan (lihat di bawah). Ingat waktu berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya pertanyaan itu susah, maka berikanlah jawaban yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam Ujian / Semesteran yang sebenar nanti. 4. Strategi menjawab pertanyaan Untuk mendapatkan nilai yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kelengahan, anda memerlukan strategi menjawab pertanyaan yang berpengaruh. Langkah-langkah berikut dapat membantu: 1. Baca arahan terlebih dahulu. 2. Kenal pasti dan garis kata kunci kepada pertanyaan. 3. Jawab pertanyaan mengikut urutan berikut:  Jawab pertanyaan BONUS - Iaitu pertanyaan yang anda pasti jawabannya betul. Ia mungkin pertanyaan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.  Jawab pertanyaan yang mudah - Iaitu pertanyaan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cobaan.  Jawab pertanyaan-pertanyaan yang susah - iaitu pertanyaan yang memerlukan waktu yang panjang atau pertanyaan yang anda memang tidak tahu jawabannya.  Periksa - Pastikan semua pertanyaan dijawab; Untuk pertanyaan objektif, pastikan tandanya betul.  Ulang jawab - Kalau masih ada waktu, ulang jawab pertanyaan bonus dan senang. Ingat! pertanyaan inilah yang anda pasti lakukan kelengahan oleh itu periksa dengan tujuan mencari kesalahan tersebut. Bukannya memeriksa dengan tujuan berpuashati dengan jawaban. Langkah terakhir barulah ulang jawab pertanyaan-pertanyaan susah. Itu pun sekiranya waktu masih mengizinkan. Mencari sebab (post-mortem) Anda perlu mengkaji kelemahan diri anda setiap kali menjawab pertanyaan-pertanyaan. Setelah anda membuat latihan ujian. Periksa setiap jawaban yang dibuat. Sekiranya jawaban anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari sebab. Setiap kesalahan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan waktu utama yang perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:  Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persiapan diri anda kurang. Maka berikan waktu membaca judul-judul tersebut.  Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaUstadz/Guru atau teman.  Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.  Lengah - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Pertanyaan di atas.  Keliru - Tanyakan pada Ustadz/Guru tentang bentuk pertanyaan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari Ustadz/Guru sebelum hari Ujian / Semesteran agar kesalahan yang sama tidak diulangi. Jangan buang waktu Dalam suasana Ujian / Semesteran periksain hampir anda perlu gunakan setiap waktu yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya waktu yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan waktu tersebut untuk anda melatih mengeluarkan informasi. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda sendiri. Gambarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktifitas sebegini mengukuhkan ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar informasi ketika dalam Ujian / Semesteran kelak. Untuk mengelakkan rasa jemu belajar, berbagaikan aktifitas dalam satu-satu sessi mengulangkaji.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar